Monday, July 18, 2011

Melayu terkikis dalam pemilikan tanah

Dulu tanah ini adalah tanah Melayu bermakna semua tanah adalah milik orang Melayu tetrapi sekarang orang bukan Melayu boleh dan sudah boleh memiliki tanah-tanah di tanah Melayu.

Melayu terkikis dalam hal bahasa

Sebaik merdeka, bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu tetapi kini bahasa kebangsaan ialah bahasa malaysia. Akibatnya, orang melayu sudah tidak ada kuasa mutlak terhadap bahasa asal tanah Melayu. Orang bukan Melayu boleh mengubah isi bahasa Malaysia.

Melayu terkikis dalam industri pelabuhan

Sebaik merdeka, semua pelabuhan di Tanah Melayu dibawah kuasa orang Melayu tetapi sekarang ada pelabuhan yang telah diserah milik kepada kaum lain begitu sahaja.

Melayu terkikis dalam industri elektrik

Sebaik merdeka, industri elektrik Tanah Melayu dibawah kuasa orang Melayu tetapi sekarang industri ini telah dipecah-pecahkan untuk dimiliki oleh kaum-kaum lain.

Melayu terkikis dalam industri telefon

Sebaik merdeka, industri telefon Tanah Melayu dibawah kuasa orang Melayu tetapi sekarang industri ini telah dipecah-pecahkan untuk dimiliki oleh kaum-kaum lain.